Nantikan Kemunculan 2 DJ Baru Di Bapakku.FM

Cetak PDF

dj baru


Syukur Alhamdullillah, kini untuk pengetahuan anda semua pendegar di Bapakku.FM, kami sedang melatih 2 orang DJ baru dikalangan pendengar radio Bapakku.FM. Mereka yang kami maksudkan adalah Ikhwan Peko yang telah pun mengikuti sessi latihan mulai jumaat lepas (18 Mei 2012) dan Zalina yang akan memulakan sessi latihan di Konti Keramat esok sabtu ( 26 Mei 2012).

Masing-masing akan mengikuti sessi latihan 5 - 7 sessi sebelum sessi latihan terkakhir bersama C.E.O Bapakku.FM iaitu DJ Ismahalil Hamzah. Disini sokongan padu & feedback yang membina dari pendengar-pendengar Bapakku.FM amatlah diperlukan untuk menentukan sama ada kedua-dua DJ ini bakal meneruskan kerjaya sebagai penyampai radio di Bapakku.FM atau tidak !

Seperti yang selalu diwar-warkan oleh semua DJ di Bapakku.FM sebelum mengkakhiri tugasan mereka.... "Kami bukanlah DJ yang terbaik di Bapakku.FM, mungkin anda diluar sana bakal menggantikan tempat kami disini sebagai DJ di  Bapakku.FM!"