Tentang Bapakku.FM

Bapakku.FM adalah sebuah Radio Internet yang memulakan operasinya pada awal tahun 2010. Ia diasaskan oleh Saudara Ismahalil Hamzah bersama beberapa rakan teknikal, bermula dari dalam sebuah bilik kecil sehinggalah mempunyai beberapa konti sekarang ini. Beroperasi dan ke udara 24 jam sehari di Jalan Kent 7 off Jalan Maktab, Kuala Kumpur.

Misi & Visi.

Untuk menjadi ikon utama dalam industri RADIO INTERNET serta menggilap bakat-bakat baru penyampai radio di Malaysia disamping mengeluarkan produk bermutu dan berkualiti. Kami juga akan berusaha untuk melebarkan siaran menjadi sebuah radio berfrekuensi bermula dengan rendah hingga ke seluruh pelusuk Malaysia.

Tanggungjawab Bapakku.FM

Kami di Bapakku.FM ingin melahirkan legasi baru bagi menyambung tugas kami suatu hari nanti. Radio Internet merupakan medium yang terkini dan terbaik kerana capaian yang mudah ke seluruh dunia. Semoga usaha dan dan perjuangan kami ini diredhai oleh Allah SWT. Ameen

Tahun Aktif
+
Lagu Dimainkan
*
Acara Dibuat
+
Jam Ke Udara
CEO & Pengasas

Ismahalil Bin Hamzah

Deejay atau penyampai radio yang berpengalaman lebih dari 20 tahun dalam industri hiburan tanah air. Mula ke udara bersama Radio Muzik pada tahun 1994. Dengan gelaran 'DJ Rock', Ismahalil Hamzah terus ke hadapan untuk bersama dengan beberapa lagi stesen radio popular di Malaysia dengan cara dan telatahnya yang unik.

Mula mengilhamkan untuk membuat stesen radio sendiri pada 2009. Berkat kerjasama dan persefahaman dengan beberapa rakan, Bapakku.FM berjaya dibangunkan pada awal 2010 sehinggalah sekarang. Pelbagai aktiviti telah dilakukan sepanjang kewujudan Bapakku.FM

  • Event Management
    %
  • Master Of Ceremonies
    %
  • Good Quality Products
    %
  • Base Camp & Tourism
    %
  • IT Services
    %